Sunday, May 7, 2023

Part Time Job Yang Memberi Hasil Lumayan Di Malaysia

Assalamualaikum semua ! Lamanya Nana tak menulis di sini MasyaAllah . Mujurlah masih diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. 😂

Sebelum itu, oleh kerana kita masih di bulan Syawal, masih belum terlambat rasanya untuk Nana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua . Maaf zahir dan batin . Pada hari baik bulan baik ni, Nana terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang satu part time job yang Nana sendiri pernah berkecimpung dan mengumpul hasil sebanyak hampir 5k dalam masa 3 bulan. Lebih best lagi Nana hanya fokus buat part time job tersebut pada hujung minggu sahaja gaisss ! Lumayan bukannnn ?? 👍

Di saat semua dah habis beraya atau mungkin juga masih ramai lagi yang sedang menghabiskan sisa2 hari raya mereka , ramai juga di luar sana yang sudah mula kembali ke alam realiti, dah mula korek sisa2 tabung syiling yang ada untuk meneruskan hidup sehingga ke hujung bulan . Pada zaman sekarang, ekonomi sangat mendesak . Part Time Job sudah tidak menjadi kehendak, tetapi satu keperluan . Persoalannya, part time job yang manakah yang berbaloi untuk diusahakan dan memberi pulangan yang betul2 lumayan ? 

Antara part time job yang ramai lakukan sekarang adalah grab food, grab car, online dropship dan sebagainya . Namun pulangan yang didapati tidaklah begitu memberangsangkan jika nak dibandingkan dengan keringat yang dikeluarkan . Jauh berbeza dengan part time job yang Nana pernah buat macam yang Nana sebutkan di atas tadi . Kerja 1 jam lebih sahaja pon Nana dah boleh dapat pulangan bersih RM100 - RM 200 . Jadi korang hanya perlu kerja 4 - 5 jam sahaja dah boleh dapat hampir 4 angka sehari ! Fokus buat pada hujung minggu sahaja pon dah cukup berbaloi . Ada ke part time job yang lumayan macam tu ? Jawapannya ada ! Ni yang Nana nak habaq mai niiii...

Mobile Spa Sebagai Part Time Job Yang Lumayan. 


Hasil part time job mobilespa 1 jam


Hasil part time job mobilespa full package



Haaaa amacam ?? Itu baru 1% daripada proven result yang dah pon melakar kejayaan dalam menjadikan mobile spa sebagai part time job mereka . Alhamdulillah . Masih ramai sebenarnya yang tak tahu bahawa part time job yang lumayan itu wujud . Silap hari bulan hasil part time job lebih tinggi daripada gaji hakiki pulak . Tak mustahil dengan mobilespa BOTG . Haaa ape pulak BOTG tu ? Nanti InsyaAllah Nana story morry dalam entry yang lain pulak okay !

Sebab Perlu Pilih Mobile Spa Sebagai Part Time Job .

Selain daripada memberi pulangan yang lumayan , terdapat beberapa sebab lain mengapa korang perlu memilih mobilespa sebagai part time job pilihan .

1. Permintaan Yang Tinggi

Sejak pandemik melanda negara, masyarakat ternyata sudah terbiasa dan selesa dengan rutin berada di rumah . Jadi servis datang ke rumah memang menjadi pilihan walaupon sudah 2 tahun pandemik berlalu. Kebanyakan wanita tidak kira bekerja atau tidak , semua sukakan kecantikan dan penjagaan wajah dan tubuh badan . Langganan mingguan mahupon bulanan sudah menjadi kebiasaan . 

2. Waktu Kerja Yang Lebih Flexible

Part time job mobilespa tidak terikat dengan waktu kerja yang berjadual . Pelanggan kebiasaannya akan membuat tempahan lebih awal, jadi susunan masa itu lebih flexible mengikut persetujuan kedua belah pihak. Macam Nana sebelum ini hanya fokus buat part time job mobilespa ini pada setiap hujung minggu sahaja .

3. Ilmu Kemahiran Yang Mudah

Sejujurnya Nana memang tak berani untuk buat part time job yang memerlukan kemahiran yang sangat teliti seperti menjahit, ambil tempahan aneka biskut roti kek dan sebagainya . Kerana part time job seperti ini semua memerlukan bakat dan seni yang khusus , tetapi tidak dengan mobilespa. Berbekalkan kemahiran yang diajar dalam mobilespa BOTG , semua golongan pon boleh memulakan part time job dengan sangat seronok dan menguntungkan !

So, apa lagi korang jom pilih mobilespa sebagai part time job anda. Boleh hubungi Nana untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut . 

Klik link di bawah .

Okay jumpa lagi di lain entry semua . Salam sayang daripada Nana .

XoXo,

Nana, beautician BOTG .

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

    



3 comments:

  1. Sekarang ramai wanita bekerjaya yang takde masa nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu sangat tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....

    ReplyDelete
  2. Bisnes BOTG Mobile Spa memang awesome. Cash hari-hari

    ReplyDelete