Sunday, May 14, 2023

Kelas Bisness Facial Terkini Bersama BOTG ( Beauty On The Go )

Assalamualaikum semua ! Apa khabar ? Masih beraya lagi ke tuuuu hehe..Jalan jalan raya tu jangan lupa bawa bekal air masak & minum secara berkala terutamanya untuk anak-anak. Badan mereka lebih mudah terhidrasi dan terdedah kepada strok haba . Cuaca panas sangat sekarang ni . Okaylah, seperti yang Nana sebutkan di entry Nana sebelum ini yang mana korang boleh baca di sini https://hidupsihathiduphebat.blogspot.com/2023/05/part-time-job-yang-memberi-hasil.html , Nana akan bercerita dengan lebih lanjut tentang mobilespa BOTG, khususnya di sini berkenaan kelas bisness facial terkini di bawah team Beauty On The Go (BOTG) .

Rebranding .

Untuk pengetahuan semua, dahulunya kelas bisness facial BOTG dikenali sebagai mobilespa The Walking Beauty (TWB) yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 lagi oleh Founder TWB iaitu Master Ainul Shahrazad. Namun bermula pada tahun 2021, ia telah mengalami penjenamaan semula berikutan beberapa faktor kepada Beauty On The Go ( BOTG ) . Dan sekarang, kelas bisness facial BOTG adalah di bawah kepimpinan master 2 beradik iaitu Master Ainul dan Master Athirah .

Mungkin korang pernah terdengar atau pernah join mana2 kelas bisness facial berbayar sebelum ini . Tetapi percayalah, pengalaman menyertai kelas bisness facial BOTG adalah sangat seronok dan praktikal . Kenapa Nana cakap macam tu ?

Haa mari sini Nana nak cerita.

Kelebihan Menyertai Kelas Facial BOTG.

1. Training yang cepat dan mudah . 

Bayangkan sesi kelas bisness facial yang tak sampai sehari suntuk pon untuk belajar skill dan teknik2 termasuk teknik urutan muka yang super best ! Teknik yang diajar dalam kelas bisness facial ini cukup mudah dan simple tetapi tetap memberi kepuasan kepada pelanggan . Hal ini kerana, di samping teknik, kita juga mempunyai product organik yang sangat bagus dan berkualiti . Kombinasi yang cukup memberi kesan yang wow dan memuaskan hati setiap pelanggan .

2. Lengkap product untuk memulakan bisness mobilespa .

Macam yang Nana sebutkan di atas, kelas bisness facial terkini BOTG turut menyediakan product lengkap bagi peserta untuk terus mula menjana pendapatan sejurus selesai kelas. Jadi tak perlu pening2 kepala nak fikir product apa yang sesuai untuk digunakan dan sebagainya . Product yang dibekalkan juga telah menjalani 8 tahun penyelidikan serta pelbagai jenis ujian klinikal . Ini merupakan salah satu kekuatan dan keistimewaan yang bakal anda dapat jika menyertai kelas bisness facial BOTG . 

Product lengkap yang digunakan dalam kelas bisness facial BOTG

3. Barang asas spa disediakan .

Selain daripada product yang lengkap, barang asas untuk menjalankan bisness facial turut disediakan . Barang-barang asas yang dibekalkan kepada setiap peserta yang menyertai kelas bisness facial BOTG adalah seperti kit spa yang terdiri daripada sponge, headband, brush, dan lain2 peralatan yang memang diperlukan untuk menjalankan business ini . Mudah bukan ? Sangat mudah dan menyenangkan setiap peserta yang menyertai kelas bisness facial terkini BOTG ini .

4. Kursus spa yang sangat praktikal dan fleksibel .

Di dalam kelas bisness facial terkini BOTG, peserta akan diajar secara one-to-one training, bukan secara berjemaah . Jadi ilmu yang disampaikan adalah lebih esklusif, telus dan mudah difahami . Demo secara fizikal juga akan terus dibuat pada masa yang sama . Bab training kelas bisness facial BOTG memang Nana sangat2 suka sebab sangat jelas dan lebih fokus . Santai tapi sampai gitchuu...boleh bawak anak jugak waktu training tau no hal lah . 

Demo secara praktikal one-to-one dalam kelas business facial BOTG

5. Sijil penyertaan diberikan .

Walaupon kelas bisness facial BOTG ini hanya mengambil masa beberapa jam sahaja namun, para peserta tetap akan membawa pulang sijil penyertaan yang mengesahkan bahawa mereka telahpon menjalani sesi kelas bisness facial bersama BOTG dan sudah bersedia untuk menjana pendapatan masing-masing . 

Dengan adanya sijil ini nanti, para pelanggan akan lebih yakin dan percaya untuk mengambil servis/perkhidmatan spa daripada anda .

Penyerahan sijil sejurus selesai kelas business facial BOTG

6. Modul lengkap turut disediakan .

Para peserta kelas bisness facial BOTG akan dibekalkan dengan modul yang telah disusun dengan teliti agar setiap daripada peserta mampu untuk terus menggunakan & mengaplikasikan semua ilmu yang telah diajar di dalam kelas sewaktu training . Kami jamin, setelah selesai sahaja kelas bisness facial BOTG, anda terus boleh memulakan bisness mobilespa anda !

Peserta mendapat modul lengkap setelah selesai kelas business facial BOTG

7. Berpeluang menjana pendapatan hari-hari .

Berbekalkan ilmu yang telah diajar di dalam kelas bisness facial BOTG, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk menjana pendapatan setiap hari !. Dengan ilmu kemahiran di dalam kelas bisness facial terkini BOTG ini, diri anda umpama "Magnet" duit . Permintaan yang tinggi terhadap servis mobilespa memang membolehkan anda untuk menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan bisness ini .

Salah seorang alumni kelas business facial BOTG yang berjaya buat duit hari-hari

Alumni kelas business facial BOTG yang aktif jana pendapatan hari-hari

Kejayaan balik modal salah seorang peserta kelas business facial BOTG

8. Bimbingan mentor dan support group .

Selepas selesai sahaja menjalani kelas bisness facial BOTG, setiap peserta akan dimasukkan ke dalam group khas yang telah pon menempatkan kesemua alumni yang terdiri daripada otai2 mobilespa daripada batch2 terdahulu lagi . Di sini, sebarang persoalan, kemusykilan atau apa sahaja masalah yang dialami sepanjang menjalankan bisness spa anda sendiri, boleh dilontarkan pada bila-bila masa sahaja . Mentor2 juga sangat membantu untuk menjawab setiap persoalan anda di dalam support group ini . 

9. Mempunyai access ke kelas nutrisi secara percuma .

Bagi Nana, ini juga adalah salah satu BONUS yang tidak ada pada mana-mana kelas bisness facial di luar sana . Setiap alumni BOTG juga diberi panduan tentang cara untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan dari segi luaran juga dalaman melalui kelas-kelas nutrisi yang dijalankan oleh Certified Nutritionist . Ilmu-ilmu yang disampaikan juga boleh diguna pakai untuk tujuan konsultasi pelanggan selain untuk mengekalkan kesihatan diri sendiri .

Amacam ??? Best ke bestttt sangattttt kelas bisness facial bersama BOTG ? Next Nana akan nyatakan secara terperinci berkenaan kos yuran/komitmen yang ditawarkan untuk kelas bisness facial terkini Beauty On The Go ( BOTG ).

Harga Pakej Spa BOTG: *RM1,999*

Apa yg korang akan dapat??

๐Ÿ‘‰ Full set of Youth Skincare

๐Ÿ‘‰ Natural Scrub

๐Ÿ‘‰ Natural Masker

๐Ÿ‘‰ Additional of 2 types of Mask (Gold & Clay)

- - - - - - - - - -

Anda akan dapat juga:

๐Ÿ‘‰Beg SPA

๐Ÿ‘‰Trial kit Spa

๐Ÿ‘‰Ion massage

๐Ÿ‘‰Sijil Penyertaan

๐Ÿ‘‰Hardcopy module beserta Kitab Harga

- - - - - - - - - -

*Belajar 2+1 courses*


*-Facial Relaxing Treatment*

*-Face Massage*

*+1 how to set up home & mobile spa*

*๐ŸŒนBONUS๐ŸŒน*

✔ module lengkap

✔ support group

✔ beauty products lengkap

✔ basic tools

✔ lifetime coaching

✔ income 6 penjuru

*-habis training dah terus boleh run spa-*

Pakej kelas business facial terkini BOTG

Okaylah, rasanya setakat ini dahulu perkongsian Nana dalam entry kali ini . Kepada anda yang ingin memulakan langkah pertama untuk menyertai kelas bisness facial bersama BOTG, jangan tunggu lama-lama, boleh terus sahaja contact Nana di sini .

Hingga kita berjumpa lagi di entry yang seterusnya InsyaAllah . Selamat beristirehat bersama keluarga semua !

Xoxo,

Nana , Beautician BOTG .

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

  

Sunday, May 7, 2023

Part Time Job Yang Memberi Hasil Lumayan Di Malaysia

Assalamualaikum semua ! Lamanya Nana tak menulis di sini MasyaAllah . Mujurlah masih diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. ๐Ÿ˜‚

Sebelum itu, oleh kerana kita masih di bulan Syawal, masih belum terlambat rasanya untuk Nana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua . Maaf zahir dan batin . Pada hari baik bulan baik ni, Nana terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang satu part time job yang Nana sendiri pernah berkecimpung dan mengumpul hasil sebanyak hampir 5k dalam masa 3 bulan. Lebih best lagi Nana hanya fokus buat part time job tersebut pada hujung minggu sahaja gaisss ! Lumayan bukannnn ?? ๐Ÿ‘

Di saat semua dah habis beraya atau mungkin juga masih ramai lagi yang sedang menghabiskan sisa2 hari raya mereka , ramai juga di luar sana yang sudah mula kembali ke alam realiti, dah mula korek sisa2 tabung syiling yang ada untuk meneruskan hidup sehingga ke hujung bulan . Pada zaman sekarang, ekonomi sangat mendesak . Part Time Job sudah tidak menjadi kehendak, tetapi satu keperluan . Persoalannya, part time job yang manakah yang berbaloi untuk diusahakan dan memberi pulangan yang betul2 lumayan ? 

Antara part time job yang ramai lakukan sekarang adalah grab food, grab car, online dropship dan sebagainya . Namun pulangan yang didapati tidaklah begitu memberangsangkan jika nak dibandingkan dengan keringat yang dikeluarkan . Jauh berbeza dengan part time job yang Nana pernah buat macam yang Nana sebutkan di atas tadi . Kerja 1 jam lebih sahaja pon Nana dah boleh dapat pulangan bersih RM100 - RM 200 . Jadi korang hanya perlu kerja 4 - 5 jam sahaja dah boleh dapat hampir 4 angka sehari ! Fokus buat pada hujung minggu sahaja pon dah cukup berbaloi . Ada ke part time job yang lumayan macam tu ? Jawapannya ada ! Ni yang Nana nak habaq mai niiii...

Mobile Spa Sebagai Part Time Job Yang Lumayan. 


Hasil part time job mobilespa 1 jam


Hasil part time job mobilespa full package



Haaaa amacam ?? Itu baru 1% daripada proven result yang dah pon melakar kejayaan dalam menjadikan mobile spa sebagai part time job mereka . Alhamdulillah . Masih ramai sebenarnya yang tak tahu bahawa part time job yang lumayan itu wujud . Silap hari bulan hasil part time job lebih tinggi daripada gaji hakiki pulak . Tak mustahil dengan mobilespa BOTG . Haaa ape pulak BOTG tu ? Nanti InsyaAllah Nana story morry dalam entry yang lain pulak okay !

Sebab Perlu Pilih Mobile Spa Sebagai Part Time Job .

Selain daripada memberi pulangan yang lumayan , terdapat beberapa sebab lain mengapa korang perlu memilih mobilespa sebagai part time job pilihan .

1. Permintaan Yang Tinggi

Sejak pandemik melanda negara, masyarakat ternyata sudah terbiasa dan selesa dengan rutin berada di rumah . Jadi servis datang ke rumah memang menjadi pilihan walaupon sudah 2 tahun pandemik berlalu. Kebanyakan wanita tidak kira bekerja atau tidak , semua sukakan kecantikan dan penjagaan wajah dan tubuh badan . Langganan mingguan mahupon bulanan sudah menjadi kebiasaan . 

2. Waktu Kerja Yang Lebih Flexible

Part time job mobilespa tidak terikat dengan waktu kerja yang berjadual . Pelanggan kebiasaannya akan membuat tempahan lebih awal, jadi susunan masa itu lebih flexible mengikut persetujuan kedua belah pihak. Macam Nana sebelum ini hanya fokus buat part time job mobilespa ini pada setiap hujung minggu sahaja .

3. Ilmu Kemahiran Yang Mudah

Sejujurnya Nana memang tak berani untuk buat part time job yang memerlukan kemahiran yang sangat teliti seperti menjahit, ambil tempahan aneka biskut roti kek dan sebagainya . Kerana part time job seperti ini semua memerlukan bakat dan seni yang khusus , tetapi tidak dengan mobilespa. Berbekalkan kemahiran yang diajar dalam mobilespa BOTG , semua golongan pon boleh memulakan part time job dengan sangat seronok dan menguntungkan !

So, apa lagi korang jom pilih mobilespa sebagai part time job anda. Boleh hubungi Nana untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut . 

Klik link di bawah .

Okay jumpa lagi di lain entry semua . Salam sayang daripada Nana .

XoXo,

Nana, beautician BOTG .

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

    



Tuesday, March 26, 2019

Mobile Spa Bisness Ideal Untuk Surirumah

Assalamualaikumm..hai semua !

Jumpa lagi kita ya di entry kali ni..Terima kasih buat yang tak ketinggalan membaca setiap entry dalam blog Nana ni..walaupon orang kata baru je berjinak2 menulis ni haa..

Tajuk blog Nana kali ni adalah satu tajuk yang boleh dikatakan sangat dekattttt di hearty Nana..kerana Nana juga seorang yang bergelar surirumah tangga sepenuh masa lebih kurang masuk tahun ke 5 dah..


Tak dinafikanlah apabila kita dah selesa dengan anak2 hari2 depan mata bertahun dah ni, kerja kat rumah pon xde bos nak arah itu ini..kita lah bos kita lah kuli..kan ?heheh..Jadi nak memikirkan soal 'cari kerja' tu dah mula xde tempat di hati dah gituuu...

Ditambah pulak zaman sekarang environment kerja sangatlah mencabar..terlalu ramai yang mengimpikan kehidupan seorang surirumah tangga sebenarnya namun yelah. Hati xcukup kuat dek tuntutan kehidupan hari ini yang serba serbi memerlukan duit. Jadi tak semudah abc untuk buat keputusan resign ! Namunnnn...

Lain pula keadaannya dengan beberapa orang daripada alumni The Walking Beauty yang BERJAYA RESIGN & Alhamdulillah hasil yang diperoleh daripada income spa masing-masing adalah sama nilainya malahan ada yang lebih tinggi daripada gaji sewaktu bekerja dulu !


Hebat takkkk?? Amazing kan ?! haaa yang dah bekerja sampai boleh resign u olss ! So korang yang dah pemegang mutlak title surirumah tu xkan nak tengokkkk sajeeee je kannnnn...tak terusik & tercuit ke hati tuuu. heheh

Berapa ramai di kalangan alumni TWB merupakan surirumah tangga dengan income ribu riban??

Berapa ramai antara mereka dulu buntu mencari jalan keluar untuk menjana pendapatan dalam masa yang sama masih mampu menjaga anak2 ??



Namun setelah mengenali TWB, join TWB, masing-masing dah mampu tersenyummmm manissss setiap hari..bahagia bebbb ! anak depan mata, tapi duit masukkkk je tiap hari haa ! Ape rahsiaa??JENG.JENG.JENG..heheh..kena join dululah baru boleh bagitau !


So setelah hampir lebih kurang 9 bulan Nana berkecimpung dalam dunia spa bersama The Walking Beauty ni..memang banyak faktor yang Nana rasa menjadikan business mobile spa ini adalah satu pekerjaan yang sangatttt IDEAL untuk yang bergelar surirumah . So lets cekidout !

1. Jadual Kerja Yang Fleksible

Mengikut pengalaman Nana sendirilah..kebanyakan permintaan daripada pelanggan2 yang nak booking slot pon adalah selepas waktu kerja dorang..means malam or weekend. So xde masalah untuk yang ada anak kecil macam Nana nak adjust waktu sebab memang boleh minta suami tengokkan anak2 sekejapan sahajaaa...

Kalau pon ada waktu2 yang bercanggah, selalunya memang boleh dibawa berbincang dengan customer..sebab kita deal dengan service..xde expired date, xde waktu produk tu nak basi ke kann..bab jadual ni memang easy peasy sahaja..sebab kebiasaannya memang customer akan booking lebih awal so senang kita nak susun siap2 jadual untuk seminggu or sebulan.

2. Waktu Kerja Yang Singkat Dengan Hasil Yang Cukup Lumayan

Korang tau tak beautician2 TWB buat duit 1-2 jam je dah boleh dapat RM 100 tau PALING KURANG ! Ilmu apa kitorang pakai ?? haaa...bukan ilmu hitam bukan ilmu ghaib ! Ilmu hanya di The Walking Beauty sahajaaa..mahal tau nilai sebuah ilmu..macam tu lah jugak mahalnya nilai servis yang diberikan untuk para pelanggan tersayang...



So korang semua kan bijak2 belaka matematik kan. Boleh kira sendirilah kalau korang kerja separuh hari sahaja pon dah berapa income boleh dapat. Itu tak cerita lagi harga2 pakej sebab dalam TWB kita ada 5 courses all in ! Not only ilmu perawatan wajah/Facial sahaja yerr...Best tak ? haa

3. Ilmu Kemahiran Yang Sangat Mudah

Point ni memang Nana nak highlightkan sangat. Sebab ramaiiii di kalangan yang berminat, tapi bimbang dengan diri sendiri yang langsung tak tahu tentang spa & kecantikan. Tangan keraslah, xpandailah nanti rosak habis muka orang lah..

Modul dalam projek spa TWB adalah ringkas yet powerful. Hasil gabungan ilmu yang ringkas bersama produk yang powerful inilah yang memberikan effect yang kebabom pada pelanggan & rata-rata memang akan repeat order !



Kuncinya hanyalah practice . Bak kate omputih practice makes perfect right ? Ape ilmu pon kalau xpractice berkarat jugak kan..

4. Mempunyai Banyak Cabang Ilmu.

Selain daripada ilmu kemahiran spa , dengan The Walking Beauty juga korang akan dapat extraaaa ilmu iaitu ilmu kesihatan & juga kecantikan. BONUS ! Korang dah ada pakej lengkap sebagai seorang surirumah yang ideal tau ! Bijak cari duit, sihat & cantekssss lagi..tak nak ke ? Suami mane tak bangga..bertambah2 sayanggg lahaiiii..Anak-anak pon terjaga..

Bagi Nana ilmu-ilmu ni semua amat penting dalam kehidupan seharian kita lagi2 bab kesihatan. Selain sebagai surirumah, kita juga seorang ibu, ibarat jantunglah dalam rumah tu untuk terus hidup. Kita kena sentiasa sihat, barulah suami sihat, anak2 pon sihat..

5. Mempunyai 6 Penjuru Income

Yang ni paling Nana suka nak bagitaulah. Selain daripada income bermobile spa, terdapat lagi 5 penjuru income yang korang boleh bolot ! heheh. Bukan tamak..tetapi nak kata dengan mobile spa The Walking Beauty memang korang boleh jadi surirumah yang KAYA & BERJAYA !

Nana setakat ni dah merasa 5 penjuru..lagi satuuuuu je belom & tengah usaha aim that 1 penjuru tu jugakkk ni..korang doakan ya ! Nak tau ke ? Kenalah join team TWB dulu hahahaha (gelak jahat sikit)

6. Pakej Seret Bag. All in


Pakej yang TWB sediakan adalah untuk memudahkan semua..Dengan hanya 1 bayaran, korang dah dapat semua sekali barang2 termasuklahh coaching seumur hidup youuu..mana nak carii..sampai tahap itu founder care & nak empowering wanita2 di luar sana. Atas koranglah pula nak menilainya kannnn

Title surirumah ni paham2 ajelah..masa terhad..kerja rumah memang takkan pernah habis..walaupon segelintir masyarakat yang memandang hang duk umah bukan ada buat kerja apa pon..hakikatnyaa..karenah anak2 lagi-lagi yang masih kecil memang menguji kesabaran..So join spa TWB ni senang sangat.. barang semua dapat. Kalau incase nanti dah habis pon, boleh order online ajurrr..sehari je dah ponponponnn depan rumah.

So itulah dulu sedikit sebanyak yang boleh Nana kongsikan untuk entry kali ni..Sebagai kesimpulannya, business mobile spa memang satu business yang tidak bersyarat. You can own your own spa. Korang lah bos koranglah jugakkk pekerja. 

Diri sendiri tentukan berapa income yang korang nak dalam sehari, seminggu & sebulan. Instant cash bersih masuk poket you. Nana berharap sangat agar suri2 rumah di luar sana dapat buka mata hati untuk melihat betapa untungnya korang melabur sekali sahaja dalam spa TWB ni..& pulangan yang korang bakal terima nanti is more than that !

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Make a move untuk tahun 2019 ni ! Ubah Ubah Ubah ! Jangan terus di takuk lama. Okay done bebel. Moga entry kali ni bermanfaat buat semua especially surirumah yang membacanya..wassalam


Untuk bersama The Walking Beauty atau ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi Nana segera ya !

Much love,
Nana
Alumni TWB
Owner Na D'Beauty & Spa (013-9832706)

Saturday, March 23, 2019

5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu Nana ucapkan buat semuaaa !

Cuti sekolah dah start kan ? So ke manakah destinasi percutian korang-korang kali ni ? Musim-musim cuti sekolah ni berderettttt jemputan kenduri kahwin nak kne hadir..bersusun dah seminggu ni tiap-tiap hari duk ada jemputan. Off dapur seminggu memang besttttttttt ye dak para ibu especially suri rumah heheh

Okaylah, alhamdulillah habes jugakk tulisan entry Nana kali ni,,fuhhh mencabar nak siapkan al maklumlahhh mak yong ni pepaham lerrr xbleh berlama-lama sangat duduknyaa haaa...slow2 buat akhirnya SIAP ! Tiada alasan hehe

Entry kali ni Nana nak berkongsi dengan semua kisah wanita-wanita hebat dalam menjana pendapatan demi sebuah kelangsungan hidup. Mereka bukanlah bermula terus berada di atas, namun usaha berterusan tanpa kenal erti jemu & putus asa itulah resepi kejayaan yang mereka ada pada hari ini.


Jom sama-sama kita jadikan inspirasi semoga satu hari kita juga mampu berada di tempat mereka berada sekarang insyaAllah !

KISAH 1 : 

From Zero To Hero. Surirumah Yang Dahulunya Pemalu, Sensitif & Manja, Kini Lebih Positif. Berjaya Jana Income 4 Angka Dengan Spa TWB

KISAH 2 :

Seorang Engineer Akhirnya Akur Untuk Belajar Spa TWB. Kini Bergelar Surirumah & Income Pernah Mencecah 5K Sebulan !

KISAH 3:

Pengorbanan Seorang Ibu Berhenti Kerja Sebagai Akauntan Demi Fokus Jaga Anak Eczema, Kini Mampu Jana RM 4000 Sebulan Dengan Spa TWB

KISAH 4:

Saving Personal Mencecah RM 20K Hasil Konsisten Menyimpan RM 1K Sebulan Daripada Servis Mobile Spa

KISAH 5:

45 Hari Pulang Modal & Kini Jana 4 Angka Sebulan Selepas Join Mobile Spa TWB

Amacam korang ?? Habis baca ke x ? Terinspirasi ke x ?? WOW ke x ?? haaa thats the way how The Walking Beauty Empowering women !

Jomss be part of our bigggg family !

Jika korang ingin jadi hebat & belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti mereka, boleh hubungi Nana 013-9832706 untuk maklumat lanjut. 

Seorang Engineer Akhirnya Akur Untuk Belajar Spa TWB. Kini Bergelar Surirumah & Income Pernah Mencecah RM 5k Sebulan !

"Walaupun saya dulu kojer Engineer, tangan biasa pegang keyboard dengan mouse je.. Tapi tak bermakna saya takleh belajar ilmu kemahiran spa ni."

Seorang budak pandai, seorang yg sgt suka pada sains & fakta, seorang Engineer yg selalu bermain dgn angka. Akhirnya akur untuk belajar spa The Walking Beauty kerana beliau nampak career development dalam TWB & Shaklee.



Itulah dia gerangan empunya diri, Wan Syahida Kahar atau lebih mesra disapa sebagai kak Shye. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Mula join TWB pada Nov 2015. Masa tu kursus berharga RM750 untuk course facial sahaja.

Mempunyai BIG WHY yang sangat jelas. Beliau mahu capai career development dan improve income walaupon hanya seorang surirumah tangga yang 24 jam berada di rumah !

"Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil. Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal ๐Ÿ˜„ . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Paling kecik 1 tahun 2 bulan "

haaa kauuu...xbuat spa langsung pon income masuk 4 angka jugak ! So bayangkan kalau u all buat duit ngan servis spa lagi hari2, sure berkepuk-kepuk lagi income. Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.

Sekarang beliau hanya fokus untuk membesarkan empirenya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa bersama TWB. Walaupon begitu, income paling tinggi beliau adalah mencecah RM 5k sebulan ! Dalam empirenya beliau telah berjaya melahirkan 5 orang Supervisor, seorang Senior Supervisor dan ramai lagi business builders Spa TWB . 



Pencapaian tertinggi beliau setakat ini adalah :

Tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, 

Travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam)

Belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary 

Bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k

Daftarkan anak masuk swimming class 




hahhhh kauuuu..Nana sendiri pon panas punggung duk menaip ni heheh..korang tak terinspirasi ke ?? 

Jika korang ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Kak Shye, boleh hubungi Nana 013-9832706 untuk maklumat lanjut. 


From Zero To Hero ! Surirumah Yang Dahulunya Pemalu, Sensitif & Manja Kini Lebih Berdikari,Positif & Jana Income 4 Angka Dengan Spa TWB

"Alhamdulilllah. Terlalu banyak dah Allah beri :'). Fokus pada perkara tak best, kita akan down. Cuba fokus pada segala nikmat..insyaAllah bahagia "


Kisah kejayaan ini adalah daripada mentor a.k.a leader terdekat Nana, Noor Kamilah Binti Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Mila. Seorang surirumah tangga sepenuh masa, mempunyai 2 orang cahaya mata yang masih kecil. Berusia 30 tahun & anak jati Terengganu macam Nana jugak ! Tumpang Bangga iols heheh..InsyaAllah i followwwww !



Kata Mila, beliau mula terjebak dengan TWB selepas dia sering memerhatikan sharing daripada mentor tentang projek buat duit dengan spa TWB. Tapi pada masa yang sama ada 2 perkara yang membelenggu fikiran Mila. 

1- Diri Mila sendiri yang kurang minat tentang kecantikkan

2- macam mana nak buat spa dengan 2 orang anak kecil.

Beliau juga masih berada dalam denial mode. Selalu berasa cukup dengan apa yang ada sedangkan banyak lagi impiannya yang masih belum tercapai. Rasa tak percaya pada diri sendiri, baginya cukuplah menjadi orang biasa-biasa sahaja. 

Tapi ada satu turning point yang berjaya merubah persepsi Mila apabila beliau sedar bila biasa-biasa maka kehidupan kita akan jadi biasa-biasa jelah sampai bila-bila. Selepas itu beliau decide untuk join TWB pada November 2017. 

"Tanpa fikir panjang Mila nekad untuk hadir training spa TWB walaupon sedang sarat hamil anak ke-2. (8 bulan pregnant)." katanya..



Setel training je terus buat servis spa walaupon dah tunggu masa nak bersalin, dengan tangan yang keras, keadaan perut yang dah semakin besar  bukan penghalang baginya.

Ditambah pula apabila menerima feedback positif daripada customer membuatkan beliau rasa semua tu xde apa-apa masalah pun. Praktis lagi dan lagi, beliau sendiri tak pasti dari mana semangat itu datang, yang dia tahu hanya redah walaupon dah dekat hari nak bersalin. Hebat kan leader Nana ni ?

Tak habes takat tu plak, lepas habis berpantang beliau beranikan diri untuk jadi trainer, asbab seorang downlinenya yang berminat nak join spa TWB ! Rezeki baby betol kan ? hehe



Kini, Beliau bukan hanya fokus pada instant cash dari servis spa sahaja malah keenam-enam penjuru income TWB! Beliau juga salah seorang top scorer & qulified trainer dalam The Walking Beauty tau ! Anak buah tumpang banggaaaa sangattttt !



Pencapaian beliau yang paling manisssss dalam TWB adalah apabila pernah dapat instant cash RM1.6K dalam masa seminggu sahaja ! WOW !! Belum termasuk lagi income dari penjuru yang lain tuuuu



Beliau mempunyai matlamat yang jelas apabila nampak TWB sebagai 1 platform yang sangat mudah untuk berjaya dalam bisnes (dapat instant cash dengan sangat cepat), dan mempunyai career development bukan untuk target buat duit melalui service sampai bila-bila yang mana amat memerlukan tenaga setiap kali dapat job spa.

Tambahnya lagi, dengan TWB kita boleh rancang masa depan dengan lebih baik, ada passive income, bonus statement yang penting untuk seorang suri rumah untuk mula membina aset dan sebagainya. 

Nana kongsikan sedikit di sini kata-kata Mila yang berbunyiKita tak boleh nilai sesuatu bisnes yang perlukan usaha keluarkan sejumlah modal pada mulanya kita pasti akan rugi. Bisnes yang zero atau kecil modalnya confirm kita akan untung. Salah tu dear !"

Haaa..jadi janganlah hanya nampak besar pada modal permulaan sahaja ya sayang2, namun lihatlah apa yang kita bakal dapat dengan mobile spa TWB di masa-masa akan datang..pulangan yang lebihh besarrrrr !


Jika korang ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Mila, boleh hubungi Nana 013-9832706 untuk maklumat lanjut. 







45 Hari Pulang Modal & Kini Jana 4 Angka Sebulan Selepas Join Mobile Spa TWB

"Dengan asbab TWB ni saya dapat menyentuh kehidupan lebih ramai orang, membantu wanita di luar sana menjana income, membantu wanita untuk tampil lebih cantik dan berkeyakinan. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana melorongkan saya untuk menceburi satu cabang bisnes yang sangat kena dengan jiwa saya."




Kisah seterusnya yang Nana bawakan ini panas2 dari oven lagi orang kata. Baru sahaja selesai menjadi speaker dalam FREE online preview TWB semalam. Beliau yang berasal daripada negeri kelahiran Nana juga Terengganu, berumur 34 tahun dan kini menetap di Temerloh sedang menyambung pelajarannya di OUM ketika hati meronta-ronta untuk join The Walking Beauty pada 2018 tahun lepas.

Beliau tidak mempunyai modal, bahkan nak jelaskan yuran semester akhir pengajian juga dah xde duit ! Namun apabila hati memang dah nekad, istikharah pada Allah, solat tahajjud & akhirnya Allah beri jalan dan permudahkan.

Suami beri sepenuh kepercayaan dan bersetuju untuk meminjamkan duit modal permulaan sebanyak RM 1999. Sanggup naik bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur untuk menjalani training sememangnya menyerlahkan ciri-ciri seorang yang berjiwa kental yang ada pada dirinya. Tak hairan jika sekarang beliau mampu tersenyum dengan income 4 angka & customer berderettttttt tak putus-putus tau !


Habis je training terus pulun buat spa. Hangkut beg spa ke mana sahaja beliau pergi even balik kampung sekalipon. Dan akhirnya dalam masa 3 minggu sahaja buat facial secara santai2 dahhhh dapat kumpul RM 1111 dahh ! Fast action fast result ! Buat secara part time aje tu korang . Akibat kekangan masa, yelahh... beliau kan masih belajar ketika itu, mana nak kena siapkan assignment, study untuk final exam etc.

"Alhamdulillah sebulan lebih saya dah dapat balik modal saya RM 1999 tu dan terus bayar hutang saya. Lepas tu dengan hasil spa juga saya mampu menjelaskan baki yuran pengajian saya sebnyak RM 2K " kata Faridah lagi..

Sekarang beliau dah tamat pengajian dan bekerja sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah di Temerloh, Pahang. Aktif sungguh cikgu kecil molek nan sorang ni tau ! Hari2 duk update kipas duit di support group alumni TWB kami . Terbakorrrrrr ajer Nana tengok !




Market cikgu-cikgi memang seluas samuderaaa..lagi2 buat yang rajin macam sis Faridah ni haa..waktu lunch hour, petang lepas habis waktu sekolah, malam, weekend semuaaaa beliau sapuuuu licinnnn !

Okay last but not least, Nana kongsikan sedikit kata-kata keramat daripada beliau, " TWB benar-benar telah merubah hidup saya. Bukan sahaja dari sudut income tetapi penampilan diri, keyakinan diri ".

Jika korang ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Faridah, boleh hubungi Nana 013-9832706 untuk maklumat lanjut.